Assalamualaikum,
Kali ni tak ada nak rant apa pasal life, janji tak cakap dah pasal all regrets dulu walaupun kadang ada gatal nak menulis tapi takkan publish. Janji.. So tak rant about personal life, pasal skincare boleh kot?
In my other post before this ada sebut tentang how I'm disappointed with local skincare, bukan tak nak sokong barangan tempatan lebih lagi peniaga sesama bangsa tapi kalau barang memudaratkan buat apa kan? I have spend hundreds on Tabita, Wonderglow, As Beauty and Bioge'nie. Bioge'nie bukan tak bagus, buatan France; cuma mungkin aku yang tak sesuai dan alah dengan benda kandungan dia (pareben and what not). Makanya aku pun beralih kepada Korean skincare setelah pulang dari umrah hari tu.
Post umrah memang kulit jadi teruk sikit, sebab tak apply apa langsung kat muka and all the sunburn and irritation caused by previous skincare datang menyerang. Kulit jadi kering and sensitive, maka nampak merah dan berjerawat dek tersumbatnya pori-pori. Haaa, sungguh masa tu aku regret sangat dengan kejadian berkenaan dan disebabkan masih takut dengan chemical dalam skincare aku start dengan pencuci muka dulu, just guna sabun Adania dari Amaryllis Wellness (nanti akan buat review khusus).
Kemudian aku godek-godek q100.com.my demi mencari barang-barang yang aku perlukan. Building skincare regiment dari awal memang payah, tak aku nafikan dengan nak invest duit lagi. Setelah mencari-cari dengan tekun akhirnya aku dapat alternatif yang murah. Direct buy from manufacturer, Secret Key STE.
Produk Secret Key dah ada dijual secara online dalam pasaran Malaysia tapi harga ya ampun mungkin dengan cukai so harganya berganda. Beli barang dari q100.com.my satu kelemahannya ialah barang dari oversea, kalau beli banyak mungkin kena cukai dan masa menunggu sangat lama. Boleh je kalau nak beli dari Hermo atau SecretKey, cuma harganya mahal.
Produk ni popular juga di Indonesia, ramai yang yakin dengan produk ni dan banyak review datang dari sana. Katanya sebagai alternatif produk kepada SKii FTE, dengan kandungan galactomyces ferment filtrate cuma bebas paraben, alkohol, mineral oil, benzophenon, mineral oil dan lain-lain. Tambah lagi diperkaya dengan ekstrak tumbuhan seperti chamomile, green tea, witch hazel, aloevera dan lain-lain senarai boleh semak di website. Ni antara fungsi essence ni:
- Dual function Essence of Whitening & Wrinkle diminishing including over 90% of pure Galactomyces ferment filtrate.
- Concentration type of Essence reviving healthy skin rhythm keeping moist and clear tone of skin.
- Skin essence of the 1st stage of skincare.
- 7 intensives care of Hydration, Resilience, Brightening, Wrinkle Diminishing, Soothing, Re-Texture skin and Anti-Oxidation.
- Galactomyces is kind of yeast which is good for skin. It has protein over 50% and also has vitamin B1, B2, Niacin and Folic acid. So it is not only the source of the nutrition but also the ingredient which has an outstanding moisturizing effect for the skin.
Aku mula dengan sabun Adania dan essence ini sahaja untuk dua minggu, tak terus baik tapi kulit jadi calm, kurang kemerahan dan yang aku suka parut cepat pudar. Essence ni bukan jenis intensive yang mana claim pakai terus elok, jadi kena banyak bersabar hasil yang indah datang dari kesabaran. Ceh.. hihi
Untuk perkembangan nanti aku akan update. Sebab ni intro je untuk penjagaan kulit. Rasa sedih sebab dah mengabaikan diri sendiri. T,T
Dua produk ni Aura Mist dan Starting Treatment Essence dibeli dengan harga kombo RM54.20 termasuk pos sampai depan rumah. huhu
