Tuesday, January 14, 2014

Berimaginasi, realitinya?

Assalamualaikum.

Hari ni ada gap, 18hb adalah paper terakhir semester ni. Alhamdulillah makin hampir nak habiskan belajar, makin teruja rasa nak dekat dengan suami. Kebelakangan ni hidup macam perlahan sikit untuk aku. You know as they said; life is kinda slow and boring. Umpama tengok rancangan tv yang slow, tak sabar nak tunggu tamat. Aku takdelah nak tunggu hidup aku tamat, belum lagi. Amalan aku tak cukup, tak sedia nak ke hari pengadilan.

Tahun ni baru aku sedar yang aku ni tak banyak pencapaian. Aku dah lalui hidup yang bosan, tak ada rasa nak compete dengan orang. Yang aku rasa sangat bodoh hidup macam tu. Ye, aku dah memperbodohkan diri selama ni. Dalam keadaan ni aku salahkan imaginasi aku, yang aku terlalu takut dengan masa lampau, yang aku nampak cuma diri aku dalam kegelapan. Itu maksudnya aku tak nampak.

Setelah aku terinspirasi oleh kawan-kawan yang berjaya dengan perniagaan, aku harap mulai waktu cuti semester ni aku dapat lakukan benda yang bermanfaat. Mungkin kerja part time atau aku boleh ikut mak mertua aku pergi kelas mengaji. Tapi aku takut orang sebenarnya, aku mesti berlatih untuk tak takut orang.

Asyik sebut tapi tapi tapi macam mana nak capai sesuatu kan? Mulai saat ni aku kena lebih produktif, fikirkan masa hadapan kami sekeluarga. Aku kena catat apa yang aku nak capai, balik macam dulu tapi dengan aura yang lebih positif. 

Dulu sebenarnya cita-cita aku nak larikan diri dari rumah, sekarang aku pun dah jauh dari rumah. Kira macam larikan diri lah tu. Imaginasi aku mungkin aku akan lebih bahagia kalau aku lari, tapi tak pun; aku lebih rindukan rumah. Almaklum, anak buah aku comel. Sekarang aku kena imaginasikan aku dan suami aku mampu harungi hidup berumah tangga dengan lebih cekal, dengan keimanan dan taqwa dan dengan keredhaan Allah.

Jujur aku yang dulu bukan yang sekarang, yang dulu-yang sekarang masing-masing ada pro & kontra. Aku cuma kena improvekan lagi diri. 

Be wiser as we grow older, ye tak?

Sunday, January 12, 2014

Beneficial oils

Assalamualaikum,

dalam berapa hari ni disebabkan nak tenangkan perasaan an mengawal dari cakap yang tak sepatutnya aku akan cuba alihkan perhatian aku. Sepatutnya memang kena beralih pun, sebab aku nak exam! T,T 
Tapi jiwa berkecamuk.

Baiklah, nak kongsi sikit aku yang dah beralih kepada natural & organic. Kononnyalah! hahaha.. Secara asasnya aku ni sepatutnya berkulit tidak bermasalah tapi mungkin aku dah pakai banyak produk mengarut yang dipasarkan dalam talian so kulit aku jadi bermasalah. Tapi lagi sekali, aku ada produk hebat dan aku tak amalkan. Sadis sangat rasanya.

Sejak akhir bulan Disember aku amalkan minyak berkhasiat ni. Sapu kat muka disamping on off pakai skincare; WonderGlow. WonderGlow ni tak berkenannya sebab repackage; harga mahal. Sama konsep pula dengan Tabita; yang tak menjadi dikulit aku. Nanti aku kongsikan rupa Tabita yang dah terperam; dahsyat tau. Taubat aku tak nak pakai lagi skincare yang aku tak tahu kandungan dia. Kimia sekarang ni macam-macam; BHT, dimethicon, pareben, mercury & etc. Lagi-lagi produk pencerah, yang orang tergila-gila sangat. 

Seterusnya mari aku perkenalkan minyak yang aku pakai untuk rambut dan kulit: Treenea VCO liquid, RENEW Rose Hip Oil & RENEW Hydrating Mist Toner.


Bagus sangat produk ni, aku berani cakap sebab memang true to its claim. Lagi-lagi aku cuba kaedah oil cleansing yang aku jumpa kat theoilcleansingmethod.com. Memang keluar semua blackhead atau apa yang tersumbat dalam pori, aku rasa grainy lepas urut muka dengan minyak. Cuma aku guna dalam 2 hari sekali, kesan dia memang nampak. Pori aku yang tersumbat serius akan keluarkan isi dia melalui jerawat atau mungkin sebab kulit aku yang sensitif, sebab ada gatal-gatal; mungkin disebabkan oleh WG tu juga. Parut pun cepat reda, dalam sehari dua macam tu je dan tak ada masalah lain bertimbun. 

Aku campur VCO+RHO tau, sebab RHO pun banyak khasiat dia. Yang utama dulu aku beli sebab nak cegah jerawat disamping dia cerahkan kulit dan ratakan parut. Untuk pakai kat rambut elok bagi rambut lembut dan tak berkelimumur, almaklum rambut panjang kena ada special care. Tambah lagi kepala rasa lega je, sapu sambil urut-urut. Aku nak rambut macam Ella.. huhu

Skeptikal juga aku rasa mulanya sebab kita selalu dimomokkan dengan minyak menyumbat pori, namun setelah aku buat kajian sendiri dengan menambahkan minat pada minyak-minyak ni aku rasa elok je. Namun kajian masih berjalan, aku pun nak back on track. Hidup sihat luaran dan dalaman. Insyaallah.

Wednesday, January 8, 2014

Hati bukan untuk disakiti



Dulu sebelum nikah aku selalu menangis.
Rasa terseksa sangat jiwa bila mencintai seseorang. 
Bila aku dituduh perampas. 
Yang masa tu dia bukanlah lelaki pilihan aku. 
Yang exgirlfriend dia tu tuduh aku macam-macam. 
Konon sebab harta, rupa dan bla bla bla.
Memang aku pun tak faham kenapa aku menangis walaupun aku dapat kekal dengan lelaki yang hati aku suka.
Sikit-sikit menangis, aku pun penat.
Kenapa nak menangis kalau hati dah suka?

Sekarang bila dekat setahun kahwin, boleh kira la berapa kali.
Takde dah hati aku rasa sakit sangat. 

Seronok bila ada imam. 
Bila ada orang ingatkan kepentingan solat. 
Bila ada yang menggalakkan mengaji. 
Bila dia layan sikap kebudakkan aku. 
Bila ada teman dalam mencari keredhaan. 

Kadang datang juga rasa sakit tu, rasa bersalah.
Memang aku selalu salahkan diri aku sebab kejadian dulu.
Kononnya aku perampas, aku dah ambil kebahagiaan orang lain.
Tapi dia tak tahu bila dia tak bahagia, aku pun takkan rasa bahagia.
Sebab aku rasa bersalah. 

Sakit yang aku tanggung bertahun.
Aku dah mula belajar yang cinta manusia tu memang sakit. 
Cinta ilahi yang hakiki. 
Cinta yang tenang. 

Syukur setahun sudah semuanya dipermudahkan buat kami. 
Dan moga dipermudahkan lagi untuk bertahun akan datang.

Saya doakan awak bahagia, NRDZ.