Wednesday, September 24, 2014

Realizing that it is not easy

Assalamualaikum,

I'm in my 1st trimester of pregnancy. Still so early to even see myself as a pregnant women. I'm already having morning sickness such as nausea, cramps, lethargy, and so on. I feel swollen and I cant focus to what I'm doing, because I forget things too fast. I'm at the state that I'd choose my food carefully to avoid any danger to my pregnancy. I hope everything to be fine and I pray that everything will be fine.

I have seen many pregnancy, my own sister twice and my friends. I've always think "Whoa, senangnya kau mengandung", coz I waited so long for this. Let face it as another journey, pregnancy is not as easy as it seems. It consists of so much emotions and a lot of involvement from family members, especially husband. 

I must admit, I complained a lot at him and I always joke that I'm carrying two or maybe three people inside my womb but I'm happy that he can accept my condition, maybe slowly as another 8 months is a long journey. Another chapter of our marriage, a new phase.

I must try not to complain so much and have a happy pregnancy. Me can do it, yes!

Thursday, July 3, 2014

Remember..

Assalamualaikum,

Out of sudden my memory play back me in high school. Socially isolated, where maybe I was the one trying to get away from the crowd or maybe they just don't favor me anymore. I used to feel flattered when my neighboring classmate call my name every time they see me, "Aisyah. Aisyah.." now everyone change. I'm no one special.

I remembered my bunk bed, the wall besides it stained yellow. The bed I used to spend almost 90% of my high school life. My youth was wasted. Not knowing about the future, I keep myself shut. 

My tears, they fall every time pain struck. I never knew why my chest is hurting, why I always feel emptiness. Why tears keeps flowing? Why should I cry?

Wednesday, July 2, 2014

The second..

Assalamualaikum,

I've been isolating myself lately. Thinking that I lost something really important in my life, maybe I've been neglecting myself. Locking myself away from other people. Having repeated my high school depression in my degree life.

That is when I used to sleep the whole day and being awake only at night, had my meal just before the sun rise once a day. They become routine easily, I kept my doors shut for about two years. I never even imagine going to uni. The fact that I could get to pursuing my degree, was never on my mind. Maybe I just wished to be locked up for the rest of my life.

Internet seems like not my cup of tea. I learn internet only in my third year of high school, having Myspace and not even knowing about Facebook until I stepped into uni. Used to selfie just like anyone else, painting my face with lipstick and what not. That is where I get to know about world and had my heart broken again by someone I never met.

Yes, I used be fond with make up. Painting my face with colors, camouflaging and trying to look pretty. Having had my life restricted from real social interaction I fell into strangers sweet talk easily. I'm becoming who I wasn't in my uni life, like wearing a completely different mask. I'm helpless.

Then I realize, have I been hypocrite? 

Why am I not myself?

Nowadays I find it hard to walk out of my house without the right amount of clothing, or maybe wearing clothes excessively with lots of layers. 

My classmate noticed when she last visited, "Aisyah kurus eh?"; and I replied "Mana ada kurus, gemuk adalah". Marking that maybe because I have layers above my skin that makes me look fat.

Maybe I really need help, but I just don't know where to start.

I'm losing me, once again.

Wednesday, May 7, 2014

Skincare: Secret Key Starting Treatment Essence Part 1

Assalamualaikum,

Kali ni tak ada nak rant apa pasal life, janji tak cakap dah pasal all regrets dulu walaupun kadang ada gatal nak menulis tapi takkan publish. Janji.. So tak rant about personal life, pasal skincare boleh kot?

In my other post before this ada sebut tentang how I'm disappointed with local skincare, bukan tak nak sokong barangan tempatan lebih lagi peniaga sesama bangsa tapi kalau barang memudaratkan buat apa kan? I have spend hundreds on Tabita, Wonderglow, As Beauty and Bioge'nie. Bioge'nie bukan tak bagus, buatan France; cuma mungkin aku yang tak sesuai dan alah dengan benda kandungan dia (pareben and what not). Makanya aku pun beralih kepada Korean skincare setelah pulang dari umrah hari tu.

Post umrah memang kulit jadi teruk sikit, sebab tak apply apa langsung kat muka and all the sunburn and irritation caused by previous skincare datang menyerang. Kulit jadi kering and sensitive, maka nampak merah dan berjerawat dek tersumbatnya pori-pori. Haaa, sungguh masa tu aku regret sangat dengan kejadian berkenaan dan disebabkan masih takut dengan chemical dalam skincare aku start dengan pencuci muka dulu, just guna sabun Adania dari Amaryllis Wellness (nanti akan buat review khusus).

Kemudian aku godek-godek q100.com.my demi mencari barang-barang yang aku perlukan. Building skincare regiment dari awal memang payah, tak aku nafikan dengan nak invest duit lagi. Setelah mencari-cari dengan tekun akhirnya aku dapat alternatif yang murah. Direct buy from manufacturer, Secret Key STE.

Produk Secret Key dah ada dijual secara online dalam pasaran Malaysia tapi harga ya ampun mungkin dengan cukai so harganya berganda. Beli barang dari q100.com.my satu kelemahannya ialah barang dari oversea, kalau beli banyak mungkin kena cukai dan masa menunggu sangat lama. Boleh je kalau nak beli dari Hermo atau SecretKey, cuma harganya mahal.

Produk ni popular juga di Indonesia, ramai yang yakin dengan produk ni dan banyak review datang dari sana. Katanya sebagai alternatif produk kepada SKii FTE, dengan kandungan galactomyces ferment filtrate cuma bebas paraben, alkohol, mineral oil, benzophenon, mineral oil dan lain-lain. Tambah lagi diperkaya dengan ekstrak tumbuhan seperti chamomile, green tea, witch hazel, aloevera dan lain-lain senarai boleh semak di website. Ni antara fungsi essence ni:

  • Dual function Essence of Whitening & Wrinkle diminishing including over 90% of pure Galactomyces ferment filtrate.
  • Concentration type of Essence reviving healthy skin rhythm keeping moist and clear tone of skin.
  • Skin essence of the 1st stage of skincare.
  • 7 intensives care of Hydration, Resilience, Brightening, Wrinkle Diminishing, Soothing, Re-Texture skin and Anti-Oxidation.
  • Galactomyces is kind of yeast which is good for skin. It has protein over 50% and also has vitamin B1, B2, Niacin and Folic acid. So it is not only the source of the nutrition but also the ingredient which has an outstanding moisturizing effect for the skin.

Aku mula dengan sabun Adania dan essence ini sahaja untuk dua minggu, tak terus baik tapi kulit jadi calm, kurang kemerahan dan yang aku suka parut cepat pudar. Essence ni bukan jenis intensive yang mana claim pakai terus elok, jadi kena banyak bersabar hasil yang indah datang dari kesabaran. Ceh.. hihi

Untuk perkembangan nanti aku akan update. Sebab ni intro je untuk penjagaan kulit. Rasa sedih sebab dah mengabaikan diri sendiri. T,T 



Dua produk ni Aura Mist dan Starting Treatment Essence dibeli dengan harga kombo RM54.20 termasuk pos sampai depan rumah. huhu

Thursday, April 10, 2014

Di fikiran

Assalamualaikum,

rasanya lama dah tak menulis sejak balik umrah kelmarin. Taklah kelmarin sangat kan, post umrah 2 months already. I have been lazying and laying around just like, really tu je yang aku buat? Sometimes duduk berteleku kat sudut bilik, mengaji dan memikir "Kenapa aku jadi macam ni?". Dah semacam depression tapi not to the extent aku duk bersedih dan menangis je, cuma lebih banyak menyepi.

Tiga perkara yang aku selalu fikirkan:

1. Kalau suami aku bukan jodoh aku, tak pernah jumpa dan tak pernah tahu. Kalaulah. Mungkin SN takkan jadi macam dia yang sekarang. Mungkin suami aku akan dapat membimbing dia. Mungkin mama pun boleh tolong dia. Aku penuh dengan 'mungkin' dan aku penuh dengan kekesalan.

2. Apa aku nak jadi kalau aku selalu pandang ke masa lampau?

3. I'm planning for babies. We are planning to have baby. Just a matter of time dan rezeki Allah nak bagi.

Tiga perkara ni, nampak sangat aku paling memikir yang pertama, mungkin sebab aku selalu stalk dia: tengok perkembangan dia macam mana. Bukan tujuan aku nak memburukkan sesiapa tapi bukan tujuan aku juga nak menyesal tak sudah. Aku berharap aku boleh pandang kehadapan, boleh lupakan tentang orang lain dan focus kat diri aku sendiri. Harap sangat.


P/S: I set a Ai Sell page for items for sale or let go, please do make time to take a look.

Tuesday, March 11, 2014

Destinasi cinta yang dicari

Assalamualaikum, lama nampaknya tak berceloteh disini. Dua minggu lalu Ai dan family diberi peluang oleh rahmatnya untuk menjejak kaki ke tanah suci. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Allah beri kesempatan dan kesihatan untuk Ai sekeluarga beribadah di destinasi puncak ini.

Mekah dan Madinah melahirkan seribu rasa keinsafan dalam diri ini, sehingga kini pun tak puas nak ke sana lagi. Tak tergambar rasa syukur dapat pergi sekali dan tak terucap rasa teruja ingin menjejak langkah kesana lagi.

Indah bumi Allah, sangat damai dilokasi ini walau penuh ribuan manusia mengerjakan ibadah mereka tapi tenang dalam hati. Itu yang mengasyikkan dan membuatkan rasa ingin lagi nak kesana. Post kali ini cuma untuk simple update, cerita penuh insyaallah akan datang..




Tuesday, January 14, 2014

Berimaginasi, realitinya?

Assalamualaikum.

Hari ni ada gap, 18hb adalah paper terakhir semester ni. Alhamdulillah makin hampir nak habiskan belajar, makin teruja rasa nak dekat dengan suami. Kebelakangan ni hidup macam perlahan sikit untuk aku. You know as they said; life is kinda slow and boring. Umpama tengok rancangan tv yang slow, tak sabar nak tunggu tamat. Aku takdelah nak tunggu hidup aku tamat, belum lagi. Amalan aku tak cukup, tak sedia nak ke hari pengadilan.

Tahun ni baru aku sedar yang aku ni tak banyak pencapaian. Aku dah lalui hidup yang bosan, tak ada rasa nak compete dengan orang. Yang aku rasa sangat bodoh hidup macam tu. Ye, aku dah memperbodohkan diri selama ni. Dalam keadaan ni aku salahkan imaginasi aku, yang aku terlalu takut dengan masa lampau, yang aku nampak cuma diri aku dalam kegelapan. Itu maksudnya aku tak nampak.

Setelah aku terinspirasi oleh kawan-kawan yang berjaya dengan perniagaan, aku harap mulai waktu cuti semester ni aku dapat lakukan benda yang bermanfaat. Mungkin kerja part time atau aku boleh ikut mak mertua aku pergi kelas mengaji. Tapi aku takut orang sebenarnya, aku mesti berlatih untuk tak takut orang.

Asyik sebut tapi tapi tapi macam mana nak capai sesuatu kan? Mulai saat ni aku kena lebih produktif, fikirkan masa hadapan kami sekeluarga. Aku kena catat apa yang aku nak capai, balik macam dulu tapi dengan aura yang lebih positif. 

Dulu sebenarnya cita-cita aku nak larikan diri dari rumah, sekarang aku pun dah jauh dari rumah. Kira macam larikan diri lah tu. Imaginasi aku mungkin aku akan lebih bahagia kalau aku lari, tapi tak pun; aku lebih rindukan rumah. Almaklum, anak buah aku comel. Sekarang aku kena imaginasikan aku dan suami aku mampu harungi hidup berumah tangga dengan lebih cekal, dengan keimanan dan taqwa dan dengan keredhaan Allah.

Jujur aku yang dulu bukan yang sekarang, yang dulu-yang sekarang masing-masing ada pro & kontra. Aku cuma kena improvekan lagi diri. 

Be wiser as we grow older, ye tak?

Sunday, January 12, 2014

Beneficial oils

Assalamualaikum,

dalam berapa hari ni disebabkan nak tenangkan perasaan an mengawal dari cakap yang tak sepatutnya aku akan cuba alihkan perhatian aku. Sepatutnya memang kena beralih pun, sebab aku nak exam! T,T 
Tapi jiwa berkecamuk.

Baiklah, nak kongsi sikit aku yang dah beralih kepada natural & organic. Kononnyalah! hahaha.. Secara asasnya aku ni sepatutnya berkulit tidak bermasalah tapi mungkin aku dah pakai banyak produk mengarut yang dipasarkan dalam talian so kulit aku jadi bermasalah. Tapi lagi sekali, aku ada produk hebat dan aku tak amalkan. Sadis sangat rasanya.

Sejak akhir bulan Disember aku amalkan minyak berkhasiat ni. Sapu kat muka disamping on off pakai skincare; WonderGlow. WonderGlow ni tak berkenannya sebab repackage; harga mahal. Sama konsep pula dengan Tabita; yang tak menjadi dikulit aku. Nanti aku kongsikan rupa Tabita yang dah terperam; dahsyat tau. Taubat aku tak nak pakai lagi skincare yang aku tak tahu kandungan dia. Kimia sekarang ni macam-macam; BHT, dimethicon, pareben, mercury & etc. Lagi-lagi produk pencerah, yang orang tergila-gila sangat. 

Seterusnya mari aku perkenalkan minyak yang aku pakai untuk rambut dan kulit: Treenea VCO liquid, RENEW Rose Hip Oil & RENEW Hydrating Mist Toner.


Bagus sangat produk ni, aku berani cakap sebab memang true to its claim. Lagi-lagi aku cuba kaedah oil cleansing yang aku jumpa kat theoilcleansingmethod.com. Memang keluar semua blackhead atau apa yang tersumbat dalam pori, aku rasa grainy lepas urut muka dengan minyak. Cuma aku guna dalam 2 hari sekali, kesan dia memang nampak. Pori aku yang tersumbat serius akan keluarkan isi dia melalui jerawat atau mungkin sebab kulit aku yang sensitif, sebab ada gatal-gatal; mungkin disebabkan oleh WG tu juga. Parut pun cepat reda, dalam sehari dua macam tu je dan tak ada masalah lain bertimbun. 

Aku campur VCO+RHO tau, sebab RHO pun banyak khasiat dia. Yang utama dulu aku beli sebab nak cegah jerawat disamping dia cerahkan kulit dan ratakan parut. Untuk pakai kat rambut elok bagi rambut lembut dan tak berkelimumur, almaklum rambut panjang kena ada special care. Tambah lagi kepala rasa lega je, sapu sambil urut-urut. Aku nak rambut macam Ella.. huhu

Skeptikal juga aku rasa mulanya sebab kita selalu dimomokkan dengan minyak menyumbat pori, namun setelah aku buat kajian sendiri dengan menambahkan minat pada minyak-minyak ni aku rasa elok je. Namun kajian masih berjalan, aku pun nak back on track. Hidup sihat luaran dan dalaman. Insyaallah.

Wednesday, January 8, 2014

Hati bukan untuk disakiti



Dulu sebelum nikah aku selalu menangis.
Rasa terseksa sangat jiwa bila mencintai seseorang. 
Bila aku dituduh perampas. 
Yang masa tu dia bukanlah lelaki pilihan aku. 
Yang exgirlfriend dia tu tuduh aku macam-macam. 
Konon sebab harta, rupa dan bla bla bla.
Memang aku pun tak faham kenapa aku menangis walaupun aku dapat kekal dengan lelaki yang hati aku suka.
Sikit-sikit menangis, aku pun penat.
Kenapa nak menangis kalau hati dah suka?

Sekarang bila dekat setahun kahwin, boleh kira la berapa kali.
Takde dah hati aku rasa sakit sangat. 

Seronok bila ada imam. 
Bila ada orang ingatkan kepentingan solat. 
Bila ada yang menggalakkan mengaji. 
Bila dia layan sikap kebudakkan aku. 
Bila ada teman dalam mencari keredhaan. 

Kadang datang juga rasa sakit tu, rasa bersalah.
Memang aku selalu salahkan diri aku sebab kejadian dulu.
Kononnya aku perampas, aku dah ambil kebahagiaan orang lain.
Tapi dia tak tahu bila dia tak bahagia, aku pun takkan rasa bahagia.
Sebab aku rasa bersalah. 

Sakit yang aku tanggung bertahun.
Aku dah mula belajar yang cinta manusia tu memang sakit. 
Cinta ilahi yang hakiki. 
Cinta yang tenang. 

Syukur setahun sudah semuanya dipermudahkan buat kami. 
Dan moga dipermudahkan lagi untuk bertahun akan datang.

Saya doakan awak bahagia, NRDZ.