Esok bermulanya kertas pertama untuk peperiksaan akhir aku.
Sejujurnya aku macam lost sikit. Entah apa yang mengacau fikiran.
Mungkin aku patut keluar lihat dunia
dari menghadap empat sudut dinding bilik aku.
Aku mesti cari ketenangan aku semula.
Aku mesti kembali kejalan yang benar.
Ya Allah!
Hari ni sedikit sebanyak nak bercerita mengenai aku
yang dah semakin cerewet memilih pakaian.
Dulu aku lain, pakaian main hantam je.
Asalkan boleh nampak slim, cun jalan.
Sekarang selagi aku rasa lekuk badan aku nampak
selagi tu la aku rasa rimas. lemas!
Tak tahulah, mungkin aku kehilangan keyakinan diri.
Sebab aku selalu pakai longgar dan warna gelap.
Selalu rasa anxious, takut orang perhati aku.
Bila dah kahwin ni rasa lain,
rasa ada purpose aku bagi tekanan pada menutup aurat.
Tambah lagi suami aku selalu complain pakaian aku.
Sebab pakai ketat, sebab pakai macam makcik-makcik pun kena tegur.
Setahun dah aku tak pakai jeans and more to skirts. Sebab rimas pakai seluar.
Alhamdulillah, sekarang semuanya berbeza.
Ayat dari tiga surah ni aku ambil untuk memperingatkan diri
Yang aurat itu bukan setakat tanggungjawab abah dan suami aku je.
Aku pun mesti bertanggungjawab keatas diri aku sendiri.
Insyaallah tahun hadapan aku akan lebih baik.
(Surah Al-Tahrim:6)
Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka.
(Surah Al-Ahzab:59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah AnNur:31)
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Tia top cutting fishtail from oopsydaisymy
Rissa chiffon skirt flowwy macam princess oopsydaisymy
Wideshawl easy care dari _easypeasyscarf
semuanya intagram based shop, so head on cari dorang ni. =)


